Khamis, 24 Januari 2013

KREMATION - "Let Them Hate And Fear!!" Promo CD


Artis: Kremation
Judul: Let Them Hate And Fear!!
Label: Eastern Voice Production
Tahun: 2011

Ini promo dengan dua buah lagu dari wajah baru kumpulan Kremation! Mereka bukan nama baru dalam scene metal tempatan. Kremation terlebih dahulu muncul dengan tape-tape seperti "Reborn" (1999, Nebiula Production) dan "To the End / Head Hunter Revenge" (2000, Music Trax Sdn Bhd). Kemudiannya Kremation menghadapi sedikit masalah dengan line-up dan halatuju muzik mereka. Tahun 2011 menyaksikan Kremation kembali dengan wadah Death Metal mereka, terhasil dari gabungan wajah-wajah baru dalam keanggotaan ahli muzik kumpulan ini kecuali Nasth Sheir yang kekal menerajui kumpulan ini. Dua buah lagu yang ditawarkan dalam "Let Them Hate And Fear!!" adalah Death Metal yang laju dan menderu! Muzik digarap dengan cantik dan diadun cukup menarik. Tahniah Kremation kerana pengembalian anda ke scene metal tempatan bersama identiti Death Metal yang terpelihara dan dikekalkan.

Senarai-Lagu:
01. Let Them Hate and Fear
02. Weaponized Extermination

www.facebook.com/pages/Kremation-malaysia/189458161076146
www.myspace.com/kremation_malaysia
www.reverbnation.com/kremation
kremation2011@gmail.com

Sabtu, 19 Januari 2013

NEGATION - "With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is" CD


Artis: Negation
Judul: With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is
Label: Grindpeace Records
Tahun: 2012

Negation datang lagi dengan muzik Grindcore yang telah lama mereka galasi. Melalui "With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is", permainan muzik mereka tetap cergas, pantas dan buas walaupun kita tahu anggota-anggotanya telah agak berusia. Saya memuji Negation yang kekal setia dengan muzik Grindcore sejak zaman "Excessive Consumption" Demo 1995 lagi. Kali terakhir saya mendengar Negation adalah melalui CD berjudul "10.0 Richter Scale". Setelah hampir 20 tahun perjalanan Negation, saya kira "With His Own Eyes What The True Enemy Of Mind Is" adalah yang terbaik pernah mereka hasilkan. Ini satu hasil usaha yang sangat berbaloi dengan penat-lelah mereka selama ini. 17 buah lagu yang diperagakan penuh dengan pelbagai panorama; humor, sinis, politikal, kotor, nakal dan sebagainya… itulah Negation yang harus diangkat sebagai kumpulan Grindcore tersohor Malaysia sebaris dengan Infectious Maggots, Sputum, Social Infection dan Mutilation. 

Senarai-Lagu:
01. Tok Moh
02. Critical Nostril Maggot
03. The Thong Theory
04. Operation Cedar Falls
05. To Kill The Chief
06. Briged Buasir
07. Unflushed Toilet
08. Butt Sniper
09. Annoying Donkey
10. Blustering Bastard
11. Multilevel Conspiracy
12. Rotten Cheeseburger
13. Ask The Arsehole
14. Shave Your Armpit
15. Parasit
16. Killed By Achmed
17. Talk To The Hand

www.facebook.com/pages/Negation-Grindcore/206567426142190
www.myspace.com/negationmalaysia‎
negationgrindcore@gmail.com

Isnin, 14 Januari 2013

QHARINTH - "The Valley Of Humiliation And Contempt" EP


Artis: Qharinth
Judul: The Valley Of Humiliation And Contempt
Label: Crambeat Production
Tahun: 2010

Melalui CD berjudul "The Valley Of Humiliation And Contempt" ini saya dapati genre muzik Qharinth boleh digolongkan dalam kategori Black Metal yang melodik, penuh dengan unsur-unsur asmosferik dan simfonik. Kualiti bunyi yang dihasilkan sangat-sangat bagus. Ia dirakam di I Seek Music Studio, sebuah studio rakaman yang agak popular di kalangan band-band metal tempatan. Seni lagu dan susunatur muzik Qharinth sesungguhnya sangat baik dan mengesankan. Qharinth adalah sebuah band Black Metal tempatan yang memiliki potensi untuk pergi lebih jauh sekiranya mereka ada keinginan dan kesungguhan. Sekiranya anda berminat dengan Black Metal seperti Dimmu Borgir, Hecate Enthroned, Old Man's Child dan seumpamanya, bolehlah dapatkan EP "The Valley Of Humiliation And Contempt" ini. 

Senarai-Lagu:
01. Unholy Alliance
02. Thus the Vengeance Upon
03. Darkness Enlighten
04. Catastrophic Contempt (Eternal Quantum)
05. The Deathstone's Heron
06. Grieves to the Grave

www.facebook.com/pages/QHARINTH-QARIN/206874822704842
www.myspace.com/qharinth
www.last.fm/music/Qharinth
qharinth@yahoo.com.my

Sabtu, 12 Januari 2013

ASPIRASI - Bermulanya BawahTanah Blogzine!


Suatu ketika dahulu aku sering mengimpikan untuk merealisasi satu fanzine bercetak (masa zaman cut & paste serta fotostat lagi). Macam-macam nama fanzine ada dalam kepala aku, antaranya BERAT, BESIMATI, MANIFESTASI KELULI dan beberapa lagi lah yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat. Memang dari mula aku nak bikin fanzine yang sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bulan bertukar bulan, tahun berubah tahun, impian-impian itu semua tenggelam timbul, akhirnya pudar dan berkubur. Untuk yang tidak mengenali aku (tak mengapa kalau tak kenal pun sebab aku lebih suka dengan status low-profile aku ni), aku ni sebenarnya datang dari generasi era pertengahan 90-an. Masa tu scene kat Malaysia ni tengah bom dengan trend Eastern Black Metal yang asalnya dimulakan oleh Langsuir/Langsuyr dan As-Sahar kemudian keluar bermacam-macam kumpulan dengan tema muzik yang serupa/hampir serupa, contohnya Hayagriva, Purnamwulan, Tasyim, Zubirun, errr... byk lagi lah.. sedikit sahaja yang benar-benar memberi impak yang baik tetapi yang kebanyakannya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan agak merepek dan entah apa-apa... 

Media online sejak akhir-akhir ini banyak mempengaruhi perkembangan muzik / scene metal di seluruh dunia. Situasi ini turut menjalar dan tersebar di negara sendiri Malaysia. Fanzine fotokopi macam zaman dulu-dulu dah susah nak dicari. Aku sendiri agak terpikat dengan beberapa blog / webzine seperti Dissecting The Euphony, Random, Ekstrim, Faithcraft Productions dan The Bullet Belt Press. Lantaran itu, aku fikir tiada salahnya aku realisasikan impian aku yang dulu cuma ianya dalam bentuk online iaitu atas talian yang boleh diakses melalui internet. Susah juga nak memilih nama yang sesuai akhirnya aku mengambil jalan mudah, menamakannya sebagai BAWAHTANAH. Ia blog peribadi aku, sebuah Malaysian Metal Blogzine! Aku hanya mahu dikenali dengan nama Wira Irama dan aku boleh dihubungi melalui emel wirama75@gmail.com