Memaparkan catatan dengan label ASPIRASI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASPIRASI. Papar semua catatan

Khamis, 21 Ogos 2014

ASPIRASI - The Return Of...


Salam. Fuyoo, dah lama betul aku tak mengemaskini blog BAWAHTANAH ni. Sori la, aku sibuk dengan hal-hal kerja dan kehidupan sekeliling. Sekarang rasanya dah tiba masa BAWAHTANAH kembali. Harap banyak lagi rebiu, promosi, etc yang dapat aku buat lepas ni. Mana-mana band yang nak aku interbiu pun ok takde hal. Hubungi wirama75@gmail.com. Sori, tiada facebook.

Ahad, 2 Jun 2013

ASPIRASI - FB Tidak Berfungsi

Total Shit... FACEBOOK yang aku hebahkan lebihkurang dua minggu lepas dah tak dapat aku akses! Aku dah cuba beberapa kali nak selamatkan akaun facebook aku tu tapi still tak boleh akses. Lastly mesej yang keluar berbunyi: Sorry, this page isn't available. The link you followed may be broken, or the page may have been removed. Tak mengapalah, mungkin dah nasib aku tak layak ada facebook agaknya. Jadinya official contact aku hanyalah melalui email ini: wirama75@gmail.com. 

Dalam beberapa hari aku sempat menggunakan facebook, aku ada hantar soalan-soalan interview dengan VINIIR dan ANTABOGA. Aku harap mereka dapat soalan-soalan tu dan beri jawapan kepada interview yang aku buat. Pada masa yang sama aku juga sedang dalam perbincangan dengan sahabat baik aku saudara Pian Kvlt dari laman EKSTRIM yang cukup dikenali tu. Perbincangan kami berkisar perkongsian / pertukaran penulisan, kerjasama dan sebagainya. Harap-harap gandingan kami nanti akan menjadi kenyataan, hehe!! Akhir sekali, kepada rakan-rakan yang aku dah added atau telah added aku dalam FB, maafkan aku kerana FB itu tidak lagi berfungsi...

Jumaat, 24 Mei 2013

ASPIRASI - Pelancaran Laman Sosial Facebook


Hari ini aku nak maklumkan yang aku dahpun buka akaun halaman sosial FACEBOOK bagi memudahkan aku berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan dan band-band metal Malaysia khususnya. Laman aku ni beralamat di: www.facebook.com/wira.irama.3

Isnin, 29 April 2013

ASPIRASI - Bulan Black Metal Hutan


Kerja luar agak memenatkan. Sepanjang April aku menghabiskan masa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Kuala Lipis, bersampan menyusuri Sungai Tembeling menuju Kuala Tahan, 4-5 hari di Taman Negara Malaysia. Ada tugasan yang perlu aku lakukan, atas nama sebuah kerjaya! Begitulah rutin sepanjang April, pergi balik berulang-alik setiap minggu sepanjang April..

Sedikit informasi tentang Taman Negara Malaysia: Taman Negara adalah Kawasan Perlindungan rasmi yang pertama dan tertua di negara ini dan pada waktu dahulu dikenali sebagai King George V National Park. Taman negara ini yang diisytiharkan secara rasminya oleh Sultan Kelantan, Pahang dan Terengganu (sewaktu sambutan Jubli Perak King George) diwartakan bagi memelihara alam semulajadi kawasan ini. Taman ini dinamakan Taman Negara setelah negara mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Aktiviti paling popular di Taman Negara ialah bersampan di sungai dan meneroka laluan trek hutan. Laluan Kanopi yang tedapat di sini juga sungguh menarik bagi memberikan pelawat pemandangan jarak dekat aktiviti haiwan dan tumbuhan di bahagian kanopi hutan yang tinggi. Pondok pemerhatian juga disediakan bagi keselesaan pelawat untuk memerhati hidupan liar di sini. Pondok kecil yang dibina tinggi dari atas tanah membolehkan pelawat bermalam bagi memerhati hidupan liar di dalam habitat semulajadinya. Pelawat juga boleh meneroka gua sama ada menggunakan bot atau pun berjalan kaki. Taman Negara adalah sebuah hutan hujan yang tertua di dunia yang dianggarkan berusia 130 juta tahun. Kekayaan dan kepelbagaian hidupan semulajadi di sini sangat menakjubkan dan menjadikannya salah satu eko-sistem yang paling rumit dan kaya di dunia. - ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara

Okay, aku bukan nak penuhkan catatan peribadi ni dengan cerita-cerita pasal Taman Negara Malaysia, tugasan dan kerjaya aku. Ia berada jauh di luar ruang-lingkup BAWAHTANAH, hahaha! Sepanjang April tiada langsung artikel yang aku tulis untuk dimuatkan dalam BawahTanah. Komitmen, kesibukan dan kepenatan Kerja Luar (outstation) kurang memberi ruang untuk aku menulis. Hanya Car CD Player (sewaktu dalam kenderaan) dan Portable CD Player (semasa di penginapan) setia berkhidmat untuk diriku melayani muzik-muzik Metal kegemaranku. April ini bulan bertemankan hutan, bersaksikan rimba belantara. Suasana Metal dalam diri dan pendengaranku turut terpengaruh; gelap, kelam, seram dan acapkali mengerikan. Berikut playlist aku untuk Bulan Black Metal Hutan:

01. RATOR - Possessed CD 2008
02. BLACKFIRE - Lahir Dari Api CD 2006
03. BLACKFIRE - The Hereafter Live CD 2007
04. NEFTARAKA - Morts CD 2012
05. CLAW - Negativity Through Solitude CD 2012
06. SUFFERCATION - Day of Darkness (The Re-awakening) CD 2010
07. SIL KHANNAZ - Conception of Madness CD 1993
08. OMEN - Promo CD 2009
09. OMEN - Manifestation of the Black Sign Demo CD 2010
10. DARKTHRONE - A Blaze in the Northern Sky CD 1993
11. DARKTHRONE - Under a Funeral Moon CD 1994
12. DARKTHRONE - Transilvanian Hunger CD 1995
13. ARADIA - Draconis Eulogy CD 2010
14. IMPERIAL - Transcendent Salvation CD 2012
15. NUCLEAR STRIKES - Megastorm Eyes EP CD 2011
16. SILENT DEATH - The Silent Kiss of Death CD 2012
17. IMPIETY - Skullfucking Armageddon CD 1999

Lihatlah betapa hitamnya playlist aku untuk April ini, sebagaimana kelamnya hutan Taman Negara yang aku jelajahi hampir sepanjang April ini. Mei nanti aku akan cuba mengulas beberapa material band tempatan yang menjadi teman layanan Metal aku di Bulan Black Metal Hutan ini. Sekian. Terima Kasih.

Sabtu, 12 Januari 2013

ASPIRASI - Bermulanya BawahTanah Blogzine!


Suatu ketika dahulu aku sering mengimpikan untuk merealisasi satu fanzine bercetak (masa zaman cut & paste serta fotostat lagi). Macam-macam nama fanzine ada dalam kepala aku, antaranya BERAT, BESIMATI, MANIFESTASI KELULI dan beberapa lagi lah yang aku sendiri pun dah tak berapa nak ingat. Memang dari mula aku nak bikin fanzine yang sepenuhnya ditulis dalam bahasa Melayu. Bulan bertukar bulan, tahun berubah tahun, impian-impian itu semua tenggelam timbul, akhirnya pudar dan berkubur. Untuk yang tidak mengenali aku (tak mengapa kalau tak kenal pun sebab aku lebih suka dengan status low-profile aku ni), aku ni sebenarnya datang dari generasi era pertengahan 90-an. Masa tu scene kat Malaysia ni tengah bom dengan trend Eastern Black Metal yang asalnya dimulakan oleh Langsuir/Langsuyr dan As-Sahar kemudian keluar bermacam-macam kumpulan dengan tema muzik yang serupa/hampir serupa, contohnya Hayagriva, Purnamwulan, Tasyim, Zubirun, errr... byk lagi lah.. sedikit sahaja yang benar-benar memberi impak yang baik tetapi yang kebanyakannya yang tumbuh macam cendawan lepas hujan agak merepek dan entah apa-apa... 

Media online sejak akhir-akhir ini banyak mempengaruhi perkembangan muzik / scene metal di seluruh dunia. Situasi ini turut menjalar dan tersebar di negara sendiri Malaysia. Fanzine fotokopi macam zaman dulu-dulu dah susah nak dicari. Aku sendiri agak terpikat dengan beberapa blog / webzine seperti Dissecting The Euphony, Random, Ekstrim, Faithcraft Productions dan The Bullet Belt Press. Lantaran itu, aku fikir tiada salahnya aku realisasikan impian aku yang dulu cuma ianya dalam bentuk online iaitu atas talian yang boleh diakses melalui internet. Susah juga nak memilih nama yang sesuai akhirnya aku mengambil jalan mudah, menamakannya sebagai BAWAHTANAH. Ia blog peribadi aku, sebuah Malaysian Metal Blogzine! Aku hanya mahu dikenali dengan nama Wira Irama dan aku boleh dihubungi melalui emel wirama75@gmail.com.