Selasa, 4 Jun 2013

TARANTULAH - "Kedamaian Jalan Hitam" Demo CD


Artis: Tarantulah
Judul: Kedamaian Jalan Hitam
Label: Trooper Art Regime Distro
Tahun: 2012

Sebagai pembukaan untuk rebiu ini, saya sebutkan sedikit pengenalan berkenaan band ini. Tarantulah adalah sebuah band yang ditubuhkan di Kuala Lumpur memainkan muzik berteraskan irama punk/thrash. Band ini ditubuhkan pada tahun 2007 namun hanya dapat mengeluarkan material mereka pada tahun 2012. "Kedamaian Jalan Hitam" merupakan demo rasmi pertama Tarantulah selepas muncul dengan beberapa rilisan; promo, split dan kompilasi. Demo ini mengandungi sebuah intro dan 5 buah lagu. Muzikal yang diketengahkan saya dapati adalah percampuran pelbagai genre muzik underground; dari Punk hingga ke Grind, dari Thrash mencecah Black Metal. Meletakkan satu definasi kepada muzik bawaan Tarantulah adalah sedikit sukar, mungkin thrashcore atau crossover jalan terbaik untuk istilah gaya muzik Tarantulah. Sikap underground lama yang digunapakai dalam Tarantulah menghasilkan kualiti bunyi yang mentah, kotor dan bising - terhasil dari aplikasi rakaman langsung yang saya percaya telah digunakan dalam pembuatan demo ini. Tidak mengapa, kerana inilah underground dalam ertikata yang sebenar mengikut pendapat saya sendiri. Apa yang pasti, Tarantulah menampilkan kelainan dalam gaya dan cara yang tersendiri. 

Senarai-Lagu:
01. Intro
02. ViVa La Peace
03. Pukul Mereka Dalam Diam
04. Hak Kita
05. Durjana Si Dajjal
06. Kedamaian Jalan Hitam

http://tarantulahprecious.blogspot.com